1820 - Ekspedisi Rusia yang diketuai oleh Fabian Gottlieb von Bellingshausen dan Mikhail Petrovich Lazarev mendekati pantai Antartika.
1855 - Sebuah kereta api di Landasan Kereta Api Panama membuat penyeberangan rentas benua berlandasan yang pertama di dunia, selepas menyeberangi Segenting Panama.
1887 - Kesan ribut salji di Fort Keogh, Montana, dilaporkan emping salji terbesar di dunia yang berukuran selebar 15 inci (38 cm) dan setebal 8 inci (20 cm).
1902 - Institusi Carnegie diasaskan di Washington, D.C. dengan hadiah $10 juta sumbangan Andrew Carnegie.
1915 - Satu Akta Kongres Amerika Syarikat membentuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat.
Baca Juga: HEBOH! Member NCT Dream Joget Lagu Koplo 'Mendung Tanpo Udan' Versi Ndarboy Genk
1916 - Louis D. Brandeis menjadi orang Yahudi pertama yang dilantik ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat.
1921 - Satu arca peringatan Kubur Askar Tidak Dikenali didirikan di bawah Arc de Triomphe di Paris.
1932 - Tentera Jepun menyerang Shanghai.
1933 - Nama Pakistan dicipta oleh Choudhary Rehmat Ali Khan dan diterima oleh umat Islam India untuk pergerakan kemerdekaan mereka.